Kampung Baru Patut Dikekalkan Seperti Sekarang Kerana

Istilah kampung sebenarnya- hidup bermasyarakat dan serumpun, saling bertegur jiran tetangga, dan hidup dalam penuh suasana aman. Seperti  wujudnya kampung di kawasan pendalaman.

Andai kata Kampung Baru telah tidak dijaga atau telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk kemajuan pembangunan yang berlebihan maka ia telah hilang nilai penting serta hidup kejiranan.

Kenapa ia harus dikekalkan kerana, kita ambil contoh Kampung Pandan sekarang ini. Kampung Pandan hanyalah nama, tetapi kawasan rumah bukan lahi bercirikan kampung, kebanyakan masyarakat hidup di atas awan umpama sangkar burung.

Lihat sahaja dari segi parkir kereta! Semua main tolak, himpit, langgar, semua terjadi di Kampung Pandan.

Pembangunan sudah memadai di Kampung Baru kerana dekat dengan kawasan bandar, seperti Shopping Complex, Pasar raya, Cinema dan sebagainya. Maka diharap pemilik tanah iaitu orang melayu yang jati janganlah menjual tanah kepada pihak pemaju untuk membuat pembangunan, kerana apabila tumbuh pembangunan nescaya Kampung Baru bukan lagi sebuah Kampung yang dikenali ramai .

Percaya atau tidak Kampung Baru sebenarnya jadi tarikan bagi masyarakat dari negara luar seperti di benua eropah atau barat, malah masyarakat dalam negara sendiri serta Brunei dan Singapura.

Ambil sahaja contoh di Kampung Pandan, bukan sahaja masyarakt setempat malas nak kesana kerana kesulitan dari segi jalan serta tempat parkir kereta, masyarakat luar seperti dari negara eropah tidak mengenali dan mereka tidak berminat untuk kesana kerana tiada apa yang special.

Bunga Di Kampung Baru



Apa yang perlu dibuat bagi penduduk Kampung Baru ialah hanya kekalkan kebersihan, utamakan hidup berjiran serta hiaskan kawasan rumah masing masing dengan "environtment" seperti pepohon kecil sebagai hiasan. Dan anda akan lihat semakain ramai pelancong asing akan tiba di kawasan ini serta akan menjadi semakain popular dari golongan eropah serta negara barat. Secara tak lansung pengusaha seperti gerai makan, restorant dan sebagainya akan menjadi laris.

No comments:

Post a Comment

JUTAMU Hotel & Suite-KGBKL | Book faster. Book smarter. Book Agoda. Driven by our passion for travel, the Agoda team works hard to bring you the cheapest prices on hotels, resorts, unique homes, vacation rentals, and more. Our huge selection of accommodations will let you plan the perfect trip. From adventure travel and backpacking to honeymoons and family vacations, we've got you covered.