Makluk Halus Di Kampung Baru Kuala Lumpur (KGBKL)

Ok, penulis nak BOCOR kan satu kisah dahulu kala di kgbkl (Kg Baru KL) Pembaca jangan plak rasa takut dan NGERI, akan tetapi penulis memang rasa ngeri, itu dulu dulu la, sekarang penulis tak pasti.

Kisahnya, penulis ada bersembang dengan penduduk kampung baru, kata Makcik tuh,, Dik! Kampung baru nih ada TOYOL.
https://kgbkl.blogspot.com/
Gambar Hanya Sebagai Hiasan


So saya kata! Ia ker makcik?
Makcik nampak bersungguh, dan yakin dengan katanya:



Yakni, pada suatu hari diwaktu dinihari, Makcik nak ke tempat kerja, dan Makcik nampak, Makcik yakin, Makcik nampak seorang budak kecil, kecil sangat, dan Makcik yakin itu bukan kanak kanak biasa, kerana awal pagi, lagi pon suasana masih gelap, mana ada budak kecil keluar rumah sorang sorang! Toyol lah tuh, katanya..

Penulis terdiam dan rasa Ngeri plak...

Pembaca kena ingat itu kisah 15tahun yang lalu, sekarang Allahullam,

Di harap semua tuh dah tak ada...

Dan ada lagi kisah seorang pembela Hantu raya, Penulis dapat tahu kisah ini dalam 4 tahun lalu, Penulis tak cungkil banyak tentang kisah nih... kerana orang yang disebut itu masih ada kat Kampung Baru, cuma penulis tak pasti ia betul atau tidak, akan tetapi selepas bersembang dengan kawan kawan lain, rata rata mereka berkata mungkin ia, dengan tanda tanda rumah atau keadaan rumah...

Eii kita lupakan kisah ini, kerana Masjid Kampung Baru sentiasa berkumandang azan... Lari lah tuh semua makluk yang tak baik kan?

No comments:

Post a Comment

JUTAMU Hotel & Suite-KGBKL | Book faster. Book smarter. Book Agoda. Driven by our passion for travel, the Agoda team works hard to bring you the cheapest prices on hotels, resorts, unique homes, vacation rentals, and more. Our huge selection of accommodations will let you plan the perfect trip. From adventure travel and backpacking to honeymoons and family vacations, we've got you covered.